Bengkel Semakan Instrumen Generik UKM
Bengkel Semakan Instrumen Generik UKM telah diadakan pada 8 Disember 2022. Bengkel ini bertujuan membuat semakan kesahan terhadap item dalam instrumen kompetensi generik UKM yang telah dibangunkan oleh panel pembangun instrumen.
Setinggi terima kasih diucapkan kepada panel penilai terdiri daripada Tuan Hj Zanudin Mohd Daud, Prof. Madya Dr. Zaleha Yazid, Prof. Madya Ts. Dr. Haryanti Mohd Affandi, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Effendi@Ewan Mohd Matore, Dr. Nashrah Maamor, Dr. Norhafizah Abu Hasan, Dr. Wye Chuan Khain, Dr. Nurul Farahana Kamaludin dan Dr. Muhammad Ikram A Wahab atas kerjasama dan komitmen tinggi yang diberikan kepada Profesional-UKM dan universiti. Segala input serta maklum balas yang diberikan dapat menambah baik instrumen kompetensi generik UKM sebelum ia digunakan oleh warga UKM.