Competency Based Instrument: Behavioural Event Self Assessment (CBI BESA) Cohort 2 Series 1

Program “Competency Based Instrument: Behavioural Event Self Assessment (CBI BESA) Cohort 2 Series 1” pada 21 – 22 September 2022 bertempat di AKEPT. Program anjuran AKEPT dengan kerjasama UUM ditawarkan kepada graduan Diploma Profesional Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi.

Program ini bertujuan untuk memberikan kefahaman serta mengaplikasi penilaian kendiri berasaskan bukti menggunakan kaedah STAR. Profesional-UKM diwakili oleh Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad dan Pn. Siti Nora Mhd Isa sebagai peserta program ini. Peserta perlu melengkapkan 5 modul yang ditetapkan serta lulus penilaian akhir program sebelum disahkan menjadi panel penilai BESA.