“Competency Based Instrument: Behavioural Event Self Assessment” (CBI: BESA) Cohort 2 Series 5
Program “Competency Based Instrument: Behavioural Event Self Assessment” (CBI: BESA) Cohort 2 Series 5 pada 14 – 15 Jun 2023 bertempat di AKEPT. Program anjuran AKEPT dengan kerjasama UUM ditawarkan kepada graduan Diploma Profesional Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi.
Siri 5 ini merupakan sesi penilaian akhir dan pembentangan akhir para peserta dihadapan panel penilai program ini. Semua peserta yang terlibat telah diberikan 5 kajian kes dan melaksanakan proses penilaian kompetensi berasaskan bukti peristiwa. Setiap peserta perlu memahami dengan teliti penggunaan rubrik kompetensi, jurang kompetensi, penilaian berasaskan bukti serta penyediaan laporan penilaian kompetensi yang komprehensif. Kemudian disusuli dengan pembentangan individu dihadapan panel penilai serta diuji kefahaman tentang instrumen BESA yang digunakan oleh AKEPT.
Alhamdulillah peserta yang terlibat dalam program ini telah melengkapkan ke semua modul dan menjalani penilaian akhir program sebelum disahkan menjadi panel penilai BESA.
Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih kepada tenaga pengajar BESA, urusetia UUM & AKEPT serta semua rakan Universiti Awam yang terlibat dalam program ini. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan kepada universiti dan masyarakat.