Kompetensi UKM
Kompetensi UKM ini merangkumi Dasar Pembangunan Kompetensi UKM, Kerangka Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi, Model dan Kamus Kompetensi Generik UKM serta Model dan Kamus Kompetensi Kepimpinan UKM.
Kamus in berfungsi sebagai instrumen pengenalpastian dan pencarian potensi bakat kepimpinan berdasarkan penilaian kompetensi. Asas Penilaian Kompetensi adalah berpandukan kepada tingkah laku individu dalam memimpin diri sendiri, memimpin orang lain dan memimpin organisasi.
Melalui kamus ini, hasil akhir dari proses pemprofilan diharap dapat menghasilkan kelompok bakat berprestasi tinggi yang boleh dipertimbangkan sebagai pewaris kepimpinan bagi jawatan strategik universiti.