Kursus Asas: Pengenalan Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi

Kursus Asas: Pengenalan Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi telah diadakan pada 20 April 2022 secara dalam talian bermula 9.00 pagi – 12.00 tengah hari.

Profesional-UKM merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian YBhg. Prof. Dr. Salleh Abd Rashid, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyampaikan ilmu dan pandangan bagi pelaksanaan pengurusan bakat berasaskan kompetensi. Kursus asas ini dihadiri oleh Ketua Skim Perkhidmatan di UKM.

Profesional-UKM bersama Ketua Skim Perkhidmatan sedang membangunkan Kompetensi Fungsian mengikut skim perkhidmatan serta program latihan dan pembangunan berasaskan kompentensi.

Profesional-UKM akan terus berusaha menginstitusikan Pembangunan Bakat dengan menggunakan Model Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi (Competency Based Talent Management) atau lebih dikenali sebagai CBTM dengan memberikan tumpuan kepada pengetahuan (knowledge), kemahiran (skills) dan sikap (attitude) yang mempengaruhi prestasi warga kerja UKM.