Kursus Budaya Kerja Cemerlang – Keterampilan Pasukan WATAN

Profesional-UKM telah diundang oleh Fakulti Pergigian UKM bagi penganjuran Kursus Budaya Kerja Cemerlang – Keterampilan Pasukan WATAN. Kursus ini telah dilaksanakan pada 31 Julai 2023 bertempat di Bilik Pembelajaran Aktiv Fakulti Pergigian, Kampus Kuala Lumpur.

Peserta yang terlibat dalam kursus ini seramai 55 orang yang terdiri daripada staf pelaksana dan staf pengurusan & profesional. Kursus ini merupakan kursus awalan bagi memupuk semangat berpasukan di antara ahli di Fakulti Pergigian UKM.

Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad, Pengarah Profesional-UKM selaku penceramah telah mengendalikan kursus ini dengan menggunakan modul latihan keterampilan pasukan. Peserta dibahagikan kepada kumpulan serta diberikan tugasan yang perlu selesaikan untuk lebih mendalami semangat kerja berpasukan. Kursus ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Dekan, Timbalan Dekan & Ketua Pentadbiran.

Setinggi terima kasih kepada pihak pengurusan Fakulti Pergigian yang telah menganjurkan kursus serta menjemput Profesional-UKM. Tahniah & syabas kepada Fakulti Pergigian atas usaha bagi memastikan bakat terurus dengan baik dalam meningkatkan tahap kecekapan serta mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni.