Kursus “Coaching and Mentoring”
Profesional-UKM telah dijemput untuk mengendalikan kursus “Coaching and Mentoring” pada 15 Disember 2022 bertempat di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Peserta kursus terdiri daripada pentadbir universiti gred 48 ke atas yang bakal menjadi Mentor kepada pegawai-pegawai di UMS.
Modul kursus ini menfokuskan kepada konsep pementoran, peranan mentor, kompetensi pementoran, fasa perhubungan mentor-menti, etika pementoran, pelan pembangunan pementoran, proses penilaian dan matrik keberjayaan program pementoran. Pelaksanaan kursus secara interaktif, pemainan uji minda dan kerja berkumpulan. Penceramah kursus adalah Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad dan fasilitator adalah Prof. Madya Dr. Noor Alaudin Abdul Wahab dan Puan Siti Nora Mhd Isa.
Setinggi-tinggi terima kasih kepada Bahagian Kepimpinan & Pembangunan Bakat (BKEPT), Jabatan Pendaftar, UMS kerana sudi menjemput Profesional-UKM untuk menjayakan salah satu agenda program pementoran UMS. Profesional-UKM mendoakan semoga program Pementoran UMS pada tahun 2023 dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Tahniah dan syabas kepada 36 orang peserta kursus “Coaching and Mentoring” yang memberikan komitmen dan semangat tinggi sepanjang program dilaksanakan. Tahniah dan syabas BKEPT UMS di atas usaha memastikan pemimpin dan pentadbir universiti diberikan pengetahuan dan pengalaman untuk menerajui universiti pada masa hadapan.