Kursus Literasi Kewangan “Bijak Mengurus Wang”

Kursus Literasi Kewangan “Bijak Mengurus Wang” telah diadakan pada 25 Mei 2022 (Rabu) secara dalam talian yang disampaikan oleh Tuan Khairi Aizat.

Profesional-UKM merakamkan ucapan terima kasih kepada 300 peserta yang menghadiri kursus ini sehingga selesai. Terima kasih kepada Tuan Khairi Aizat dengan perkongsian yang santai, mudah difahami dan relevan dengan keadaan semasa. Peserta didedahkan dengan cara pengurusan kewangan yang bijak dengan kaedah penstrukturan hutang yang bersesuaian. Ini boleh membantu individu menguruskan kewangan peribadi yang lestari.

Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan dan membantu staf UKM untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan berstruktur. Tahniah semua peserta!