Majlis Anugerah Kualiti Profesional-UKM

Majlis Anugerah Kualiti Profesional-UKM telah diadakan pada 16 Julai 2023. Bagi menghargai perkhidmatan dan kecemerlangan warga Profesional-UKM, Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad, Pengarah Profesional-UKM telah menyampaikan Anugerah Kualiti bagi penilaian prestasi tahun 2022. Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah, teruskan kecemerlangan demi UKM!