Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti Awam (JKSMUA) Bil. 1/2023
Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti Awam (JKSMUA) Bil. 1/2023 telah diadakan pada 9 Februari 2023 bertempat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad, Pengarah Profesional-UKM dan Puan Norashikin Ibrahim, Ketua Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Sumber Manusia telah hadir mewakili UKM dalam Mesyuarat JKSMUA. Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah program anjuran bersama UA-JKSMUA, pembentangan kemajuan Task Force Pembangunan Bakat dan Kepimpinan, pembentangan kemajuan Task Force Pengurusan Prestasi, pembentangan Jawatankuasa Kerja Jaringan Dalam & Luar, pembentangan Jawatankuasa Kerja Direktori Kepakaran, pembentangan Jawatankuasa Kerja Penjanaan Kewangan serta sesi perbincangan yang berkaitan urusan pengurusan dan pembangunan sumber manusia.