Model Kompetensi UKM dalam Mesyuarat Teknikal Bersama Konsultan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)

Profesional-UKM telah diundang untuk membentang dan berkongsi maklumat berkaitan Model Kompetensi UKM dalam Mesyuarat Teknikal Bersama Konsultan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada 29 Mei 2023 bertempat di Hotel Everly, Putrajaya.

Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama konsultan yang dilantik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) akan membangun kerangka kerja “Framework for Credentialing, Competency and Capability for Allied Health in Ministry of Health Malaysia”. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan input dan maklumat penting dalam membangunkan kerangka kerja tersebut.

Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih dan berbangga kerana diberi peluang dan penghormatan untuk berkongsi maklumat serta membentangkan “Universiti Kebangsaan Malaysia, Competency Based Talent Managment” bersama pihak KKM dan Konsultan WHO.