Nak Buat Poster Kursus? Senang Je..
Kursus ini telah diadakan pada 18 Ogos 2022 bertempat di Siber@PTSL. Ia hanya ditawarkan kepada Warga Pelaksana UKM sahaja.
Di awal kursus, peserta diterangkan berkenaan Anatomi Poster Kursus. Ia adalah elemen-elemen asas yang biasanya ada dalam sebuah poster kursus iaitu:
- Header (Logo)
- Tajuk Kursus (tajuk utama dan sub tajuk)
- Maklumat Lanjut Kursus (tarikh, hari, masa dan tempat)
- Maklumat Penceramah (gambar, nama, jawatan pusat tanggungjawab)
- Footer (ikon akaun media sosial PTj)
Seterusnya ialah penerangan berkenaan prinsip hieraki visual pada sesebuah rekaan. Ia adalah berkenaan susunan elemen-elemen yang dimuatkan pada rekaan. Antara prinsip yang disebut semasa kursus ialah:
- Saiz dan Skala
- Warna dan Kontrasnya
- Hierarki Tipografi
- Penjarakan (Spacing)
- Kedekatan/Sekelompok (Proximity)
- Penjajaran (Alignment)
- Pengulangan (Repetition)
- Garisan Penunjuk (Leading Lines)
- Peraturan 1/3 (Rules of Third)
- Perspektif (mewujudkan kesan 3D)
Sebelum kursus berakhir, penceramah telah membuat sebuah demonstasi menghasilkan poster kursus menggunakan perisian Microsoft Power Point. Beberapa hasil karya warga pelaksana Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan UKM juga telah dipaparkan kepada peserta.