Penawaran Sijil Kompetensi Pengurusan Penyelidikan, Pengkomersialan dan Inovasi (SK3Pi)

Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM) selaku peneraju utama dan beberapa Pusat Tanggungjawab terlibat menawarkan Sijil Kompetensi Pengurusan Penyelidikan, Pengkomersialan dan Inovasi (SK3Pi) yang merupakan program pembangunan kompetensi fungsian bagi staf akademik dan staf yang terlibat dalam penyelidikan.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tempoh program: Ogos – November 2023

Kaedah: Secara dalam talian/bersemuka

Yuran Penyertaan Keseluruhan Program:

  1. RM 850.00/seorang (warga UKM)
  2. RM 900.00/seorang (peserta luar)

Yuran Penyertaan Satu Modul:

  1. RM 120.00/seorang (warga UKM)
  2. RM 150.00/seorang (peserta luar)

Sasaran Peserta:

  1. Staf Akademik baharu atau sedia ada;
  2. Staf Pengurusan dan Profesional yang terlibat dalam penyelidikan;
  3. Terbuka kepada individu yang melaksanakan penyelidikan, pengkomersialan dan inovasi.

Sehubungan itu, sekiranya berminat untuk menyertai program ini, hubungi Profesional-UKM:

  • Prof. Madya Dr. Noor Alaudin Abdul Wahab
    noor.alaudin@ukm.edu.my
    03-8921 4840
  • Cik Nor Afiqah Najlaa’ Abd Rahim
    najlaa@ukm.edu.my
    03-8921 4761
    Tarikh akhir penyertaan pada 31 Julai 2023 (Isnin).

Lihat Brosur Sijil Kompetensi Pengurusan Penyelidikan, Pengkomersialan dan Inovasi (SK3Pi)