Penilaian Kamus Kompetensi Generik UKM
Profesional-UKM telah selesai melaksanakan proses penilaian Kamus Kompetensi Generik UKM oleh Penilai Dalam pada 9 – 11 September 2022.
Kamus kompetensi perlu merangkumi domain kompetensi, definisi kompetensi, tahap kecekapan kompetensi, pengetahuan, kemahiran, sikap serta petunjuk tingkahlaku yang boleh diperhatikan serta diukur. Pembangunan tahap kecekapan kompetensi serta kompleksiti tugas berdasarkan Taksonomi Bloom.
Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Mohd Izwan Mahmud, Dr. Ida Rosnita Ismail dan Dr. Muhamad Alias Md Jedi kerana sudi berkongsi kepakaran dalam proses penilaian kamus serta pembangunan instrumen penilaian kompetensi.