Perbincangan Pemerkasaan dan Pengukuhan Agenda Pembangunan Bakat Serta Kepimpinan Universiti

Bahagian Kepimpinan & Pembangunan Bakat (BKEPT), Jabatan Pendaftar, UMS telah menjemput Profesional-UKM untuk membincangkan hal ehwal kepimpinan dan bakat pada 16 Disember 2022 bertempat di Bangunan Canselori UMS.
Perbincangan menjurus kepada memperkasa serta memperkukuhkan agenda pembangunan bakat dan kepimpinan universiti. Perbincangan ini turut memperhalusi beberapa program kolaborasi antara BKEPT UMS dan Profesional-UKM.

Delegasi Profesional-UKM turut di bawa melawat kawasan sekitar UMS, Akuarium Muzium Marin dan Kindai Aquaculture Development Center.

Jutaan terima kasih kepada Cik Kamisah Husin (Ketua BKEPT UMS), Puan Elizabeth Malanjun, Encik Juniezam Juka dan urusetia BKEPT UMS yang memberikan layanan terbaik kepada Profesional-UKM. Semoga berjumpa lagi di program yang akan datang.

Selamat Maju Jaya BKEPT UMS!