Persidangan Antarabangsa “Empowering Diversity in Leadership: Navigating Complexities Embracing Differences 2023”
Profesional-UKM telah dijemput menyertai Persidangan Antarabangsa “Empowering Diversity in Leadership: Navigating Complexities Embracing Differences 2023” pada 6 – 7 September 2023 bertempat di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu.
Persidangan ini dirasmikan oleh YB Phoong Jie Zhe, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah mewakili YAB Ketua Menteri Sabah. Turut hadir bersama YB Dato’ Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan YBhg. Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, Naib Canselor UMS. Persidangan ini anjuran Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Invest Sabah Berhad.
Sesi ucaptama telah menampilkan tokoh tersohor iaitu YB Senator Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah Aman (Chairman of Invest Sabah Berhad), YBhg. Prof. Emerita Datuk Dr. Asma Ismail (Ibn Sina Chair for Medicine IIUM) dan YBhg. Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor (Naib Canselor UMS).
Sesi forum turut menampilkan tokoh hebat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kerjaya. Forum pertama membincangkan tajuk “Strategies for Fostering Religious and Cultural Diversity”, forum kedua membincangkan topik “Generation Gap: Issues and Challenges” dan forum ketiga membincangkan isu “Gender Equality at Leadership Table: Whose Battle?” telah merungkai serta membahaskan secara ilmiah dalam mendepani kepelbagaian kepimpinan.
Tahniah dan syabas kepada AKEPT, UMS dan Invest Sabah Berhad atas penganjuran persidangan antarabangsa yang hebat ini. Semoga dengan perkongsian ilmu ini dapat meningkatkan pengetahuan serta membina jaringan kolaborasi antara sektor awam dan swasta.