Persidangan Nasional Pengurusan Sumber Manusia (PSM) 2023
Profesional-UKM telah dijemput menyertai Persidangan Nasional Pengurusan Sumber Manusia (PSM) 2023 pada 14 – 16 Oktober 2023 bertempat di Hotel Adya, Pulau Langkawi.
Persidangan ini merupakan anjuran Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti Awam (JKSMUA), Majlis Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (MPLPU) dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan bertemakan “Transformasi Pengurusan Sumber Manusia Era BANI: Cabaran dan Strategi”.
Profesional-UKM turut terlibat dalam penulisan artikel dan membentang kertas kerja di persidangan ini dengan tajuk “Memperkasa Pengurusan Penyelidikan Melalui Peningkatan dan Pembaharuan Kompetensi dalam Pengurusan Penyelidikan, Pengkomersialan dan Inovasi”. Program SK3Pi merupakan modul latihan berstruktur yang dihasilkan oleh UKM telah disenaraikan sebagai salah satu inisiatif semasa resolusi persidangan ini.
Tahniah dan syabas kepada JKSMUA, MPLPU, UUM dan UPM atas penganjuran persidangan ini. Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman dari semua pembentang dan peserta dapat memberikan idea baharu serta membina jaringan kolaborasi antara universiti awam.