Program Akademia Kalis Masa Hadapan
Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Kasim hadir ke Program Akademia Kalis Masa Hadapan yang menghimpunkan seramai 63 pensyarah baharu UKM bagi berkongsi idea tentang perjalanan pengajaran dan pembelajaran di UKM.
Program ini merupakan program setara dengan Program Bual Mesra Pensyarah Baharu Bersama Pengurusan Tertinggi UKM yang pernah diadakan pada tahun sebelum ini.
Program yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM) ini melibatkan staf akademik lantikan baharu di UKM, bertujuan untuk menyampaikan hasrat universiti dan sesi interaksi antara pensyarah baharu dengan Pengurusan Tertinggi Universiti.
Hadir sama Pengarah Profesional-UKM, Prof. Madya Dr. Mohamad Suhaimi Mohamad, dekan-dekan dan pengarah pusat tanggungjawab UKM.
(sumber:https://www.facebook.com/media/set?vanity=UKMOfficial&set=a.627096316117690)