Program Bakat Kepimpinan Karisma Siri 1 Tahun 2024

Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM) telah menganjurkan Program Bakat Kepimpinan Karisma Siri 1 Tahun 2024 pada 13 hingga 14 Mei 2024 (Isnin-Selasa) di Bilik Bankuasi, Aras 2 Bangunan Canselori UKM.

Program Bakat Kepimpinan Karisma ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin.

Program dua hari yang disertai oleh 39 pensyarah dan pentadbir universiti yang terpilih ini diadakan bagi memperkasakan bakat kepimpinan, tadbir urus dan kepimpinan dalam membentuk karakter pemimpin serta mengukur kompetensi kepimpinan.

Hadir sama Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Sumber Manusia, yang menjalankan fungsi Pendaftar UKM, Tuan Hj. Zanudin Mohd Daud dan Pengarah Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan, Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad.