Program Colored Brain

Program Colored Brain telah diadakan pada 11 Julai 2023 bertempat di Bilik Bankuasi, Bangunan Canselori. Program ini bertujuan memberikan pendedahan awal dalam mengenali karakter individu dan aplikasi komunikasi individu dengan pelbagai warna. Mengenal diri serta potensi adalah elemen penting dalam membangunkan bakat individu dan pasukan. Peserta yang terlibat dalam program ini merupakan kumpulan Pengurusan dan Profesional baharu di UKM.

Setinggi terima kasih diucapkan kepada penceramah dan peserta yang telah memberikan komitmen tinggi sepanjang program ini dijalankan. Teruskan mengenali potensi diri dan meningkatkan kompetensi dalam pekerjaan. Selamat Maju Jaya!