Program “Competency Based Instrument: Behavioural Event Self Assessment” (CBI: BESA)
Program “Competency Based Instrument: Behavioural Event Self Assessment” (CBI: BESA) Cohort 2 Series 4 pada 22 – 24 Februari 2023 bertempat di AKEPT. Program anjuran AKEPT dengan kerjasama UUM ditawarkan kepada graduan Diploma Profesional Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi.
Program pada kali ini bertujuan memberikan kefahaman penggunaan buku rubrik kompetensi, kaedah menilai laporan kendiri berasaskan bukti serta penyediaan laporan penilaian yang komprehensif. Peserta diberikan pelbagai senario kajian kes bagi meningkatkan kefahaman semasa proses penilaian. Laporan penilaian yang berstruktur dan jelas akan menerangkan kekuatan potensi individu dan peluang penambahbaikan pembangunan kompetensi bagi merapatkan jurang kompetensi yang telah dikenalpasti mengikut gred jawatan sasaran. Pelan tindakan yang dicadangkan oleh penilai bertujuan membantu peningkatan kompetensi individu yang dinilai.
Peserta yang terlibat dalam program ini perlu melengkapkan ke semua modul dan lulus penilaian akhir program sebelum disahkan menjadi panel penilai BESA.