Program Dialog Kepimpinan Berasaskan Kemanusiaan

Januari 10, 2024-Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Prof. Dr. Azlinda Azman merasmikan Program Dialog Kepimpinan Berasaskan Kemanusiaan di Bangi Resort Hotel hari ini.

Beliau turut menyampaikan ucaptama bertajuk “Kepentingan Memimpin bersama Kemanusiaan dalam Pendidikan Tinggi” yang memberi penekanan tentang kepimpinan berpaksikan manusia dalam usaha memupuk ekosistem pendidikan yang inklusif, berkesan dan mampan.

Program anjuran Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) ini meneroka kepentingan memimpin bersama kemanusiaan dalam sektor pendidikan tinggi Malaysia.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman dalam ucapan penutup berharap agar pihak penganjur meneruskan beberapa siri diskusi ilmu berkaitan kepimpinan seumpama ini kerana kepentingannya dalam membawa agenda KPT.

Selain itu, satu forum yang bertajuk “Memimpin Dengan Kemanusiaan Pemacu Masyarakat Madani” turut berlangsung. Forum ini menampilkan Pengarah, Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan PETRONAS, Puan Shariah Nelly Francis dan Ketua Inovasi Web 3.0 dan Metaverse CelcomDigi Berhad, Datin Dr. Masdiana Sulaiman.
Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin; Pengarah AKEPT, Prof. Dr. Harshita Aini Haroon dan Pendaftar, Dato’ Dr. Syed Kamarudin Sadakkuthulla.

(sumber: https://www.facebook.com/UKMOfficial)