Program Pembayangan Pemimpin (Leadership Shadowing) 2023
Program Pembayangan Pemimpin (Leadership Shadowing) bagi tahun 2023 telah bermula pada 3 April 2023 sehingga 2 Jun 2023 yang melibatkan seramai 83 orang peserta dan 45 orang pemimpin. Program selama 2 bulan ini wajib diikuti staf akademik lantikan baharu sebagai program pembangunan bakat kepimpinan.
Program ini merupakan salah satu usaha pihak universiti bagi memberikan pendedahan, pengalaman dan pemerhatian dalam menerajui universiti pada masa kini dan masa hadapan. Kelompok bakat ini merupakan bakal pemimpin universiti di masa hadapan.
Pemimpin merupakan pengurusan tertinggi universiti yang terdiri daripada Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Pro Naib Canselor, Penasihat Undang-undang, Dekan dan Pengarah.
Tahniah dan syabas kepada peserta yang telah memulakan langkah pertemuan pertama bersama pemimpin masing-masing. Semoga mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman yang bermanfaat sepanjang program dilaksanakan.
Aktiviti pertemuan pertama bersama pemimpin dalam Program Pembayangan Pemimpin (Leadership Shadowing) bagi tahun 2023. Program telah bermula pada 3 April 2023 sehingga 2 Jun 2023 yang melibatkan seramai 83 orang peserta dan 45 orang pemimpin. Program selama 2 bulan ini wajib diikuti staf akademik lantikan baharu sebagai program pembangunan bakat kepimpinan.
Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh peserta dan pemimpin dalam menjayakan program ini.