Program Pengukuhan Pasukan Profesional-UKM

Program Pengukuhan Pasukan Profesional-UKM telah diadakan pada 14 – 16 Julai 2023 bertempat di Kuala Lumpur. Program ini bertujuan meningkatkan semangat dan menerapkan budaya kerja berpasukan di antara warga Profesional-UKM. Tugasan berkumpulan di lapangan merupakan elemen penting dalam program ini bagi mengenali karakter pasukan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Antara kompetensi yang diukur sepanjang program ini adalah penglibatan kerja, penghayatan sejarah negara, fleksibiti untuk berubah, kerja dengan kesegeraan, penyelesaian masalah kompleks, pembuatan keputusan, kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan. Tahniah kepada semua warga Profesional-UKM yang telah berjaya menyelesaikan tugasan kumpulan yang diberikan.