Sesi Libat Urus AKEPT bersama Unit Latihan Universiti Awam Siri 4
Sesi Libat Urus AKEPT bersama Unit Latihan Universiti Awam Siri 4 telah diadakan pada 23 Mei 2022 bertempat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad, Pengarah Profesional-UKM telah mewakili UKM dalam sesi pada kali ini. UKM merakamkan setinggi terima kasih dan tahniah kepada UMK di atas penganjuran sesi libat ini.
UMK telah membentangkan program pembangunan latihan dan bakat yang dilaksanakan. Delegasi turut dibawa ke InsPEK UMK Food Incubator dan Salma Serunding yang merupakan program bimbingan keusahawanan UMK.