Sesi Libat Urus Pembangunan Kompetensi Generik dan Kepimpinan bersama Persatuan PKAUKM, PERTADI dan KESUKMA

Sesi Libat Urus Pembangunan Kompetensi Generik dan Kepimpinan bersama Persatuan PKAUKM, PERTADI dan KESUKMA telah diadakan pada 12 Mei 2022.

Profesional-UKM merakamkan jutaan terima kasih kepada Presiden, Setiausaha dan wakil dari Persatuan PKAUKM, PERTADI dan KESUKMA yang memberikan kerjasama dan maklum balas sepanjang sesi ini dilaksanakan.

Dalam sesi ini Profesional-UKM telah membentangkan Pelan Pengurusan Sumber Manusia, Kerangka Pembangunan Sumber Manusia Berasaskan Kompetensi, Model Kompetensi Generik UKM dan Model Kompetensi Kepimpinan UKM. Maklum balas yang diberikan oleh Persatuan PKAUKM, PERTADI dan KESUKMA akan diteliti oleh Profesional-UKM untuk penambahbaikan sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Bakat UKM.