Sesi Libat Urus Pembangunan Kompetensi Kepimpinan bersama Barisan Pengarah Pusat Perkhidmatan & Pengarah Hospital

Sesi Libat Urus Pembangunan Kompetensi Kepimpinan bersama Barisan Pengarah Pusat Perkhidmatan & Pengarah Hospital telah diadakan pada 25 April 2022 secara dalam talian.

Pihak Profesional-UKM merakamkan ucapan terima kasih kepada Pentadbir Aras 5 yang terlibat terdiri daripada Pengarah Pusat Perkhidmatan dan Pengarah Hospital. Segala maklum balas dan cadangan yang disampaikan akan membantu Profesional-UKM ke arah membangunkan kompetensi kepimpinan UKM.

Cadangan supaya Profesional-UKM membangunkan aplikasi yang bersesuaian dengan teknologi semasa, sistem pemberian faedah & pengiktirafan serta kelestarian pelan penggantian UKM akan diteliti oleh Profesional-UKM sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Bakat UKM.