Sesi Libat Urus Pembangunan Kompetensi UKM bersama Pentadbir Aras 5 (Dekan & Pengarah Institut)
Sesi Libat Urus Pembangunan Kompetensi UKM bersama Pentadbir Aras 5 (Dekan & Pengarah Institut) telah diadakan pada 17 Jun 2022.
Dalam sesi pada kali ini Profesional-UKM telah membentangkan Kerangka Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi, Model Kompetensi Kepimpinan UKM dan Model Kompetensi Generik UKM. Antara perkara yang turut dibincangkan bersama adalah profil bakat kepimpinan, kaedah pengukuran kompetensi serta data analitik kompetensi.
Profesional-UKM merakamkan jutaan terima kasih kepada Dekan, Pengarah Institut serta wakil yang hadir pada sesi ini serta memberikan maklum balas bagi tujuan penambahbaikan sebelum ia diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Bakat UKM.