Sesi Perbincangan dan Lawatan Penanda Aras Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Sesi Perbincangan dan Lawatan Penanda Aras Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM) pada 24 Julai 2023. Delegasi ini diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Syadiah Nor Wan Shamsuddin, Pengarah CoMAE-i dan turut disertai oleh Dr. Norlia Muhamad dan Dr. Azmahani Abdullah.
Profesional-UKM telah berkongsi berkaitan pengurusan bakat berasaskan kompetensi dan program latihan kompetensi serta kepimpinan yang ditawarkan.
Profesional-UKM turut menjemput Pusat Pengajaran & Pembangunan Kurikulum (Pengajaran-UKM) untuk bersama-sama dalam sesi perbincangan dan lawatan ini. Pengajaran-UKM diwakili oleh Prof. Dr. Ismail Mohd Saiboon, Timbalan Pengarah (Kecemerlangan Pengajaran & Pengurusan Kualiti) dan En. Anthony Ulek Anak Jeti, Ketua Pentadbiran Pengajaran-UKM. Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih atas perkongsian yang disampaikan oleh Pengajaran-UKM.
Jutaan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik (CoMAE-i), UniSZA.