Sesi Taklimat Program Pembayangan Pemimpin

Sesi Taklimat Program Pembayangan Pemimpin telah diadakan pada 21 Mac 2023 secara dalam talian. Program ini merupakan program pembangunan bakat yang melibatkan peserta dikalangan pensyarah lantikan baharu atau muda bersama barisan kepimpinan semasa universiti.

Program akan berlangsung selama dua bulan bermula 3 April 2023 sehingga 2 Jun 2023 yang melibatkan 60 orang peserta. Kelompok bakat ini merupakan bakal pemimpin universiti, maka program pembayangan pemimpin akan memberikan pendedahan, pengalaman serta pemerhatian dalam menerajui universiti pada masa kini dan masa hadapan.

Kecemerlangan dan kelestarian dalam memimpin universiti seharusnya dirancang lebih awal dan diberi perhatian dalam mengukuhkan lagi institusi pendidikan negara.
Taklimat pelaksanaan program telah disampaikan oleh Puan Siti Nora Mhd Isa, Ketua Pentadbiran Profesional-UKM dan perkongsian ilmu berkaitan pementoran telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad, Pengarah Profesional-UKM.
Profesional-UKM merakamkan setinggi terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh semua peserta. Selamat Maju Jaya kepada semua yang terlibat dalam Program Pembayangan Pemimpin tahun 2023.