SIJIL KOMPETENSI PENGURUSAN PENYELIDIKAN, PENGKOMERSIALAN DAN INOVASI (SK3Pi)

Pada 9 Ogos 2023, program SK3Pi diteruskan dengan Modul 3 iaitu Pengurusan Kewangan Penyelidikan yang telah disampaikan oleh Puan Shalmah Kamarudin, Ketua Penolong Bendahari Kanan UKM. Dalam modul ini, peserta diberikan pendedahan dan kefahaman agar dapat mengurus dana penyelidikan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh universiti. Pengisian kursus memberi fokus kepada urusan permohonan dan terimaan dana, perolehan barangan/perkhidmatan/kerja, urusan bayaran serta pengurusan aset penyelidikan. Tugasan berkumpulan diberikan kepada peserta bagi menguji tahap kefahaman dalam menguruskan dana penyelidikan.

Program SK3Pi telah disertai oleh 33 orang yang terdiri daripada staf akademik, staf pengurusan & profesional serta staf pelaksana dari UKM, UMS, UTM dan UniSZA. Program ini bermula Ogos 2023 dan akan berakhir pada November 2023.

Selamat Maju Jaya kepada semua peserta. Teruskan usaha bagi meningkatkan kompetensi dan pengetahuan dalam menjadi penyelidik berwibawa dan pengurus yang hebat.