SIJIL KOMPETENSI PENGURUSAN PENYELIDIKAN, PENGKOMERSIALAN DAN INOVASI (SK3Pi)

Pada 17 Ogos 2023, program SK3Pi diteruskan dengan Modul 4 iaitu Sumber Maklumat dan Pengurusan Penerbitan yang telah disampaikan oleh Puan Norliah Sukarno, Puan Shaizimah Badzri dan Cik Mariati Embong dari Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL). Dalam modul ini, peserta diperkenalkan sumber maklumat berkualiti dan pengurusan penerbitan bagi keperluan penyelidikan. Tumpuan utama adalah untuk membina kemahiran mengakses sumber maklumat perpustakaan dan mengenalpasti sumber penerbitan berindeks serta keperluan pendaftaran penerbitan dalam sistem repositori penerbitan.

Seterusnya pada 7 September 2023, program SK3Pi diteruskan dengan Modul 5 iaitu Pengurusan Penyelidikan yang telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Abu Bakar Sulong, Timbalan Pengarah (Perancangan dan Operasi Geran) bersama YBhg. Prof. Dr. Mohd Ambri Mohamed, Timbalan Pengarah (Statistik dan Pemantauan). Dalam modul ini, peserta diberikan pendedahan dan kefahaman agar dapat mengurus permohonan dana penyelidikan, pemantauan penyelidikan, pengurusan latihan modal insan dan pengurusan aktiviti penyelidikan. Tugasan kerja projek individu diberikan kepada peserta bagi menguji tahap kefahaman dalam pengurusan penyelidikan.

Program SK3Pi telah disertai oleh 33 orang yang terdiri daripada staf akademik, staf pengurusan & profesional serta staf pelaksana dari UKM, UMS, UTM dan UniSZA. Program ini bermula Ogos 2023 dan akan berakhir pada November 2023.

Selamat Maju Jaya kepada semua peserta. Teruskan usaha bagi meningkatkan kompetensi dan pengetahuan dalam menjadi penyelidik berwibawa dan pengurus yang hebat.