SIJIL KOMPETENSI PENGURUSAN PENYELIDIKAN, PENGKOMERSIALAN DAN INOVASI (SK3Pi)

Pada 19 Oktober 2023, program SK3Pi diteruskan dengan Modul 8 iaitu Harta Intelek yang telah disampaikan oleh Puan Nurmaziah Omar, Pegawai Penyelidik Sosial dari Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi. Dalam modul ini, peserta diberi pendedahan dan pengetahuan mengenai paten dan carian novelti. Paten adalah hak eksklusif yang diberikan untuk ciptaan baru, iaitu produk atau proses yang menawarkan penyelesaian teknikal baharu kepada masalah. Modul ini juga turut menerangkan secara lanjut LENS.ORG iaitu pangkalan data carian paten.

Program SK3Pi telah disertai oleh 33 orang yang terdiri daripada staf akademik, staf pengurusan & profesional serta staf pelaksana dari UKM, UMS, UTM dan UniSZA. Program ini bermula Ogos 2023 dan akan berakhir pada November 2023. Selamat Maju Jaya kepada semua peserta. Teruskan meningkatkan kompetensi dan pengetahuan anda dalam mengurus penyelidikan, pengkomersialan dan inovasi.