Taklimat Pembangunan Model dan Kamus Kompetensi Fungsian

Taklimat Pembangunan Model dan Kamus Kompetensi Fungsian (KKF) bagi Skim Perkhidmatan Sains (C) telah diadakan pada 3 Februari 2023.

Profesional-UKM telah memberikan penerangan berkaitan kompetensi serta proses pembangunan model dan kamus kepada Ketua Skim Perkhidmatan dan wakil yang hadir. Model Kompetensi Fungsian sedang dibangunkan mengikut skim perkhidmatan dan akan disusuli dengan membangunkan Kamus Kompetensi Fungsian (KKF).