Wacana BAKAT Pentadbir Universiti

Wacana BAKAT Pentadbir Universiti buat pertama kali telah dilancarkan pada 14 Jun 2022 dengan menampilkan YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Sadakkuthulla, Pendaftar UKM dengan tajuk Kepimpinan Pentadbir Universiti.

Pada kali ini, para pegawai Pengurusan dan Profesional dari skim perkhidmatan Pegawai Tadbir di gred 48 ke atas telah diundang untuk bersama dalam siri wacana ini. Pendaftar UKM telah menyatakan bahawa kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan penggerak utama dalam mencapai misi dan visi UKM. Sebagai pentadbir universiti, para pegawai perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, berkebolehan serta berkeyakinan tinggi dalam menguruskan universiti.

Budaya kerja cemerlang serta mewujudkan ekosistem kerja yang positif akan mendorong individu untuk bekerja dengan lebih efisien serta memberikan prestasi kerja yang terbaik. Universiti Watan yang lahirnya dari hasrat rakyat perlu di tadbir urus dengan baik oleh pentadbir universiti yang hebat.

Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia UKM telah diperkenalkan dalam usaha untuk memperkasakan agenda bakat universiti. Pelan ini akan diperincikan oleh Jabatan Pendaftar dan Profesional-UKM supaya bakat berpotensi dapat diuruskan dengan lebih sistematik.

 

Capaian berkaitan