Perbincangan bersama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Perbincangan bersama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) yang diadakan pada 15 April 2022 di Pejabat Profesional-UKM.

Jutaan terima kasih kepada YBhg. Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan, Pengarah ATMA dan Cik Suhaini Md Noor di atas kesudian mengadakan perbincangan kolaborasi.

Antara perkara yang dibincangkan adalah penawaran program di bawah Kebitaraan WATAN yang menekankan nilai falsafah universiti. ATMA dan Profesional-UKM akan mengerakkan beberapa inisiatif penghayatan nilai sejarah, falsafah serta jati diri dalam kalangan warga UKM. Beberapa program akan ditawarkan secara bersama antaranya wacana, penyegaran bahasa & komunikasi serta ketrampilan bahasa pada tahun 2022.