Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan

 Memacu Kepimpinan Masa Depan

SEJARAH PENUBUHAN

SEJARAH PENUBUHAN

Diluluskan penubuhan sebagai PTj dalam Mesyuarat Pengurusan Universiti Bil.7/2014. Ditubuhkan pada 1 Jun 2014. Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan telah distrukturkan semula agar bersesuaian dengan keperluan Universiti untuk melaksanakan Pengurusan Bakat Berdasarkan Kompetensi, atau singkatannya CBTM (Competency Based Talent Management).

Peranan Utama

  1. Menganjurkan program latihan untuk Staf Akademik, Pengurusan & Profesional dan Pelaksana dengan terancang dan sistematik.
  2. Memastikan pembangunan kepimpinan UKM terlaksana dengan strategik dan berwawasan.
  3. Membantu UKM menjana dana melalui program-program latihan yang sesuai.

Singkatan Nama

Istilah Profesional menonjolkan visi dan misi PTj. Nama Profesional-UKM yang ringkas dan bertepatan dengan peranan PTj akan memudahkan usaha mengetengahkan dan mempromosi fungsi PTj kepada warga UKM, selain menyerlahkan peranan dan wawasannya secara yang mudah difahami.

Objektif

  • Merancang dan mengurus program-program Pembangunan Kompetensi staf UKM;
  • Merancang dan melaksanakan program Pembelajaran Berterusan untuk staf UKM;
  • Membangunkan polisi dan dasar Pelan Pewarisan Pentadbir Akademik UKM serta melaksanakan program

Misi

Merancang dan melaksana Pelan Pembangunan Sumber Manusia ke arah melahirkan warga kerja kompeten

Visi

Menjadi pusat pembangunan sumber manusia di Malaysia dan serantau rujukan