Warga Kampus Kuala Lumpur UKM Berpeluang Berkongsi Pengalaman dan Pengetahuan dengan Penerima Anugerah Nobel Fisiologi dan Perubatan 1998 : Dr. Ferid Murad

Oleh : Hafizah Mohamad Isa
Foto : Hafizah Mohamad Isa

CHERAS, 30 April 2019 – Kampus Kuala Lumpur, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) buat julung kalinya menganjurkan syarahan oleh Dr. Ferid Murad, MD PHD iaitu penerima Anugerah Nobel Fisiologi dan Perubatan dari Amerika Syarikat pada petang ini di Auditorium, Kampus Kuala Lumpur, Blok Pendidikan Canselor Tuanku Ja’afar, Kampus Kuala Lumpur UKM, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.

Dr. Ferid Murad membentangkan serta berkongsi hasil dan penemuan penyelidikan beliau berkenaan tindak balas Nitrik Oksida dalam perubatan dan penghasilan ubat – ubatan. Syarahan beliau yang bertajuk Excitable Discovery Of Nitric Oxide and Cyclic GMP In Cell Signalling and Their Role In Drug Development.

Beliau merupakan penerima anugerah Nobel Perubatan 1998 dalam Nitrik Oksida (NO) dan telah dilantik ke beberapa jawatan penting seperti Associated Chairman of the Department of Medicine, Standford University, Former Director of Institute of Molecular , University of Texas serta telah menerbitkan lebih daripada 400 artikel berkenaan perubatan dan sains.

Turut hadir ke syarahan beliau adalah Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Dr. Nor Azian Abdul Murad, Pengarah Instutut Perubatan Molekul UKM (UMBI), Ir. Lee Suet Sen, Presiden BE International Marketing Sdn. Bhd, Prof. Dr. Sabarul Afian Mokhtar, Timbalan Pengarah Jaringan, Komunikasi Korporat dan Teknopolis Kesihatan, Timbalan- timbalan dekan dan pengarah, Ketua – ketua jabatan dan delegasi BE International Marketing Sdn. Bhd. Sesi syarahan ini dipengerusikan oleh Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman.
UKM telah membuka pernyertaan kepada beberapa universiti awam dan swasta. Sebanyak 300 penyertaan peserta telah diterima dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), KPJ, Monash University Malaysia, Taylor’s University, USCI University dan CUCMS.

Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi perbincangan oleh Dr. Ferid Murad bersama pakar – pakar Fakulti Perubatan dan HCTM UKM. Majlis syarahan ini dianjurkan oleh Kampus Kuala Lumpur UKM dengan BE International Marketing Sdn. Bhd.