Taklimat Bantuan Persidangan oleh BE Sarawak

 

Oleh : Noorlaily Abdul Rahim
Foto : Faizor Hj Hassan

CHERAS, 21 Jun 2019 – Taklimat penerangan oleh Business Event (BE) Sarawak telah berjaya diadakan di Bilik Mesyuarat SUKMARIA, Aras 3, Blok Klinikal Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Taklimat diadakan dengan kerjasama erat BE Sarawak dan Pusat Jaringan, Komunikasi Korporat, dan Teknopolis Kesihatan KKL.

Objektif penganjuran taklimat ini adalah untuk memberi maklumat kepada kakitangan KKL UKM mengenai program bantuan dan sokongan persidangan khususnya kepada pensyarah dan pakar yang banyak terlibat dalam penganjuran persidangan. BE Sarawak menawarkan program bantuan penganjuran persidangan dalam pelbagai aspek termasuk bantuan kewangan. Pensyarah dan pakar yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program yang ditawarkan, boleh berhubung terus dengan BE Sarawak. Program ini diharapkan dapat membantu pensyarah dan pakar meringankan beban tugasan dan melancarkan perjalanan persidangan, selain itu menggalakkan penganjuran persidangan secara berterusan di masa akan datang di Sarawak serta menjimatkan kos.

Sesi taklimat selama dua jam telah dihadiri oleh kakitangan Kampus Kuala Lumpur UKM Zon Cheras dan Zon Jalan Raja Muda. Taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab, dan jamuan makan.