Iklan Jawatan Kosong (Pelantikan dan Kenaikan Pangkat – Julai 2019) di Universiti Kebangsaan Malaysia (Kampus Kuala Lumpur)
Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar (Kampus Kuala Lumpur) ingin mempelawa kakitangan atau warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited serta berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan dan kenaikan pangkat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz seperti di berikut:
Lantikan :
- PEGAWAI KEWANGAN GRED W41
- JURURAWAT GRED U29
- PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19
- PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
- PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U11
Kenaikan Pangkat :
- PEGAWAI KEWANGAN GRED W52
- PUSTAKAWAN GRED S48
- JURURAWAT GRED U36
- JURURAWAT GRED U32
Maklumat Iklan Kekosongan Jawatan Kenaikan Pangkat
Cara memohon:
- Permohonan bagi jawatan lantikan baru adalah melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu https://smk.ukm.my/sppj/mukadepan.cfm
- Bagi Jawatan Kenaikan Pangkat pemohon dikehendaki mengisi Borang Laporan Penilaian Kenaikan Pangkat mengikut gred yang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi, Jabatan Pendaftar UKM iaitu http://www.ukm.my/pendaftar/borangjp/
- Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
- Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
- Borang Laporan Penilaian Kenaikan Pangkat yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:
Ketua
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar (Kampus Kuala Lumpur), Universiti Kebangsaan Malaysia
d/a Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar
Jalan Ya’acob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur
Tarikh Buka Iklan : 22 Julai 2019 (Isnin)
Tarikh Tutup Iklan : 5 Ogos 2019 (Isnin)