Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit
Dimaklumkan bahawa, Pusat Islam KKL dengan kerjasama JAWI dan Unit Latihan & Perkembangan Kerjaya, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar KKL akan menganjurkan Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit seperi maklumat berikut:
Tarikh Acara | : 29/10/2019 |
Masa | : 8.00 pagi – 1.00 tengahari |
Tempat | : Dewan Kuliah 2, Aras 2, Bangunan Pra-Klinikal |
Objektif kursus ini ialah untuk memberi kefahaman dan kemahiran kepada peserta bagaimana membantu pesakit dalam melaksanakan ibadah seperti bersuci dan solat ketika sakit. Kakitangan yang berminat boleh membuat permohonan melalui Sistem Pengurusan Latihan (eSPeL). Jamuan disediakan dan tempat terhad kepada 120 orang sahaja.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi En. Mohammad Nadzrin di talian 03-9145 6873.