KAMPUS KUALA LUMPUR

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Pejabat Undang-Undang, Kampus Kuala Lumpur pada awalnya berada di bawah pentadbiran Jabatan Pentadbiran Am dan telah dipindahkan ke Jabatan Sumber Manusia pada 1 April 2004 dengan nama Unit Tatatertib dan Perundangan. Mulai 1 Januari 2008, Pejabat ini telah diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Dekan dan Pengarah, Pusat Perubatan UKM di mana namanya ditukar kepada Unit Perundangan. Setelah penstrukturan baru,  Pejabat Undang-Undang, Kampus Kuala Lumpur ditempatkan di bawah Pejabat Pro Naib Canselor, Kampus Kuala Lumpur.