PENGENALAN
Bahagian Teknologi Maklumat Kampus Kuala Lumpur (BTM KKL) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Teknologi Maklumat telah diwujudkan dengan penubuhan Hospital UKM (sekarang dikenali sebagai Hospital Canselor Tuanku Muhriz) pada tahun 1997. Perlantikan Pro Naib Canselor pada 15 November 2017 sesuai dengan keputusan Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Universiti telah bersetuju untuk menstruktur semula pentadbiran Kampus Kuala Lumpur (KKL) dengan Pusat Teknologi Maklumat (pada ketika itu)secara tadbir urusnya diletakkan terus di bawah Pejabat Pro NC KKL.
BTMKKL sentiasa komited bagi memastikan aspek keperluan teknologi maklumat sentiasa di dalam ketersediaan mengikut keperluan teknologi dan arus perubahan teknologi semasa.
Aplikasi
Membangunkan sistem aplikasi dan sokongan klinikal, menyediakan ciri-ciri korporat dan teknologi termaju, menyelanggara aplikasi, memastikan aduan berkaitan sistem diselesaikan.
Maklumat Lanjut
Perkhidmatan dan Infostruktur
Membangun perkhidmatan pusat data dan menyelenggara infrastruktur rangkaian Kampus KL, mengadaptasi persekitaran komputer cloud, Big Data, platform komunikasi video komprehensif keperluan integrasi data, dan perkhidmatan Teleperubatan.
Maklumat Lanjut
Perkhidmatan
Merancang dan menguruskan perolehan, inventori, dan kerja sokongan peralata perkakasan dan perisian ICT, mengurus meja bantuan (helpdesk) dan pelupusan peralatan ICT Kampus KL.
Maklumat Lanjut
CARTA ORGANISASI
HUBUNGI KAMI
Bahagian Teknologi Maklumat, Kampus Kuala Lumpur
Emel : tptmkkl@ukm.edu.my
No telefon : 03-9145 5303/5305/9276