PENGUMUMAN PELANTIKAN NAIB CANSELOR UKM YANG BAHARU
Semua Warga
Universiti Kebangsaan Malaysia
Yang dihormati
YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
PENGUMUMAN PELANTIKAN NAIB CANSELOR UKM YANG BAHARU
Dengan hormatnya izinkan saya merujuk perkara di atas dan memaklumkan bahawa tempoh pelantikan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali sebagai Naib Canselor UKM akan berakhir pada 31 Disember 2018.
2. Sehubungan dengan itu, YB Menteri Pendidikan telah melantik YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd. Hamdi Abd Shukor sebagai Naib Canselor UKM yang baharu berkuat kuasa mulai 1 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2021.
3. Bersama-sama ini, dilampirkan surat pemakluman rasmi oleh YBhg. Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pengerusi UKM berkaitan perkara tersebut. Sukacita YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dapat membuat hebahan kepada semua warga di Pusat Tanggungjawab masing-masing.
Sekian, kerjasama seluruh warga Universiti amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Salam hormat,
ABD RAZAK HUSSIN
Pengarah Eksekutif Pentadbiran