Majlis Berbuka Puasa Kampus Kuala Lumpur UKM

Oleh : Noorlaily Abdul Rahim
Foto : Faizor Hassan

CHERAS, 23 Mei 2019 – Seramai 450 orang pelajar, kakitangan dan komuniti berhampiran telah hadir ke Majlis Berbuka Puasa Kampus Kuala Lumpur yang diadakan di Surau Asy Syakirin, Kolej Tun Dr Ismail 2 (KTDI 2). Program anjuran Kampus Kuala Lumpur UKM diadakan untuk mengeratkan ukhwah dan silaturahim antara pelajar, kakitangan dan penduduk setempat.

Program dimulakan dengan sesi khatam Al-Quran dan kemudiannya acara berbuka puasa. Juadah berbuka puasa disediakan oleh Jawatankuasa surau Asy Syakirin dan pelajar Fakulti Perubatan dengan menggunakan wang sumbangan yang dikutip. Selepas selesai berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan Tarawih diadakan secara berjemaah. Ucapan alaun disampaikan oleh Prof. Dr. Sabarul Afian, Mokhtar, wakil Pengurusan Kampus Kuala Lumpur sebaik sahaja selepas solat Tarawih dan seterusnya pemberian duit raya. Sumbangan duit raya diberikan kepada 130 orang pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas dan pelajar Fakulti Perubatan UKM.

Turut hadir dalam program Dr. Nor Azian Abdul Murad, Pengarah UMBI, Prof. Madya Dr. Mohd Hanafi Ahmad Damanhuri, Pengetua Kolej Tun Dr. Ismail, dan Encik Aminuddin Mohamad, AMPP Bandar Tun Razak.