Majlis Pemakaian Jubah Graduan Doktor Falsafah KKL UKM 2019

Oleh : Noorlaily Abdul Rahim
Foto: Noorashikin Yusof dan Hasnan Musa

CHERAS, 1 November 2019 – Setiap tahun Majlis Pemakaian Jubah Graduan Doktor Falsafah Kampus Kuala Lumpur UKM 2019 akan dianjurkan bersempena dengan Majlis Konvokesyen UKM yang ke 47 yang berlangsung pada 2hb hingga 5hb November 2019 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Pada tahun ini seramai 58 orang graduan telah berjaya menamatkan pengajian dalam program doktor falsafah. Pecahan graduan Graduan yang berjaya adalah 36 orang graduan dari Fakulti Perubatan , 13 orang dari Fakulti Sains Kesihatan, 8 orang Fakulti Farmasi dan seorang dari Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI). Kelompok graduan yang paling ramai ialah graduan dari Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan iaitu seramai 24 orang.

Majlis pemakaian jubah disaksikan oleh Prof. Datuk. Dr. A Rahman A Jamal, Pro Naib Canselor KKL UKM, Prof. Dr Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (IPTA), Dekan-dekan Fakulti, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz, penyelia-penyelia, dan ibubapa serta waris graduan.

Berucap dalam majlis, Prof. Datuk Dr. A Rahman berharap para graduan akan terus menimba ilmu dan menyumbang kepada institusi atau individu, tidak kira di mana jua graduan berada. Selain itu, harapan beliau juga, agar graduan menjadi Penyelia kepada mana-mana calon-calon Doktor Falsafah yang lain dengan kelayakan akademik yang dianugerahkan.

Sebahagian Graduan PhD, Graduan Sarjana dan Sarjana Muda Cemerlang yang diraikan dalam majlis ini akan menerima ijazah daripada DYMM Tuanku Canselor dalam Sidang Canselor. Graduan Fakulti Perubatan dan UMBI akan menghadiri Majlis Konvokesyen UKM Sidang 2 pada 2hb November 2019 diikuti dengan Fakulti Farmasi pada Sidang 5 pada 4hb November 2019 manakala Fakulti Sains Kesihatan pada Sidang 6 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM Bangi.

Pautan berkaitan: Galeri Foto Majlis Pemakaian Jubah