Majlis Penyerahan Mock Cheque Oleh SG Central Sdn Bhd kepada Tabung Kebajikan Pesakit Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Majlis Penyerahan Mock Cheque oleh SG Central Sdn Bhd kepada Tabung Kebajikan Pesakit Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) pada 5 Februari 2020 (Rabu) jam 3.00 petang bertempat di SUKMARIA, Aras 3, Blok Klinikal, Jalan Ya’acob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.
Penyerahan Mock Cheque berjumlah RM 50,992.00 telah disampaikan oleh Encik Eng See Hua, Pengarah Urusan SG Central Sdn Bhd kepada Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Sumbangan yang diperolehi adalah hasil kutipan yang berjaya diperolehi daripada program larian amal yang dijalankan sebelum ini. Inisiatif yang dilakukan adalah untuk membantu membiayai kos alat implan pesakit-pesakit Cochlear Implant di HCTM yang kurang berkemampuan.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Prof. Dr. Goh Bee See, Pakar perunding ORL HNS. Jabatan Otorinolaringologi, HCTM dan Puan Suraiyah Harun, Ketua Jabatan Kebajikan Sosial Perubatan, HCTM.