Majlis Serahan Sumbangan Bencana Sulawesi
CHERAS, 12 Oktober 2018 – Majlis Penyerahan Sumbangan Bencana Sulawesi telah diadakan di Bilik Mesyuarat UMBI, Tingkat 9, Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI). Seanyak lima peti tabung yang telah diedarkan di sekitar premis Kampus Kuala Lumpur UKM sejak 2 Oktober 2018 lalu berjaya mengumpulkan sumbagan warga kampus Kuala Lumpur dan orang awam sebanyak RM16, 940.10.
Sumbangan telah diserahkan kepada wakil Mercy Malaysia, Dr. Ahmad Farihin Mohd Don oleh Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM. Turut hadir menyaksikan majlis ialah Dr. Hanita Othman, wakil pengarah HCTM dan Prof. Dr. Rohaizak Muhammad, Ketua Pusat Islam KKL UKM.
Prof. Datuk Dr. A Rahman dalam ucapan ringkasnya berkata, beliau amat berbangga kerana warga Kampus KL UKM membantu dalam mengumpulkan sumbangan untuk bantuan bencana di Sulawesi secara langsung atau tidak lansgung. Sumbangan ini menunjukkan warga Kampus KL UKM prihatin dengan bencana yang menimpa penduduk di Sulawesi.
Sementara, Dr. Ahmad Farihan, wakil Mercy Malaysia mengucapkan terima kasih atas sokongan Kampus KL UKM yang bukan sahaja dari segi bantuan kewangan tetapi tenaga pakar seperti pegawai perubatan, jururawat, pembantu perubatan dan lain-lain. Pihak Merrcy berharap kerjasama erat seperti ini adalah berterusan.