Pembaharuan Sijil Sah Guna Alat Pemadam Api Mudah Alih Di HCTM 

Dimaklumkan bahawa pihak Prasarana Kampus Kuala Lumpur sedang dalam proses memperbaharui keseluruhan alat pemadam api yang telah tamat tempoh sah guna di seluruh HCTM bermula 05.08.2019 sehingga 25.10.2019 yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mengikut lokasi yang telah dirancang.
Sepanjang perlaksanaan proses ini, mana-mana alat pemadam api yang telah diambil dari lokasi asal bagi dibuat penyelenggaraan dan pembaharuan sijil, ianya akan diganti buat sementara waktu dengan alat pemadam api lain daripada Prasarana KKL bagi digunakan sekiranya berlaku hal kecemasan kebakaran.
Sebarang pertanyaan berbangkit boleh berhubung terus dengan Penolong Jurutera Mekanikal, Encik Muhamad Safwan Mohd Radi di talian 011-11491614 atau Encik Fairul Bin Shaapei di talian 013-3430868.
Khairul Anuar Bin Hamid
Jurutera Mekanikal
Prasarana
Kampus Kuala Lumpur