Pengerusi UKM Melawat Institut Telinga, Pendengaran Dan Pertuturan (I-Hears) Dan Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) UKM di Jalan Termerloh, Kuala Lumpur

Oleh : Hafizah Mohamad Isa
Foto : Mohd Faizor Hassan

KUALA LUMPUR, 19 Mac 2019 – Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pengerusi UKM mengadakan lawatan ke Institut Telinga, Pendengaran dan Pertuturan (i-HEARS) dan Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) UKM di Jalan Temerloh, Kuala Lumpur pada pagi ini. Lawatan bermula di i-HEARS pada jam 11.00 pagi dengan mengadakan perbincangan bersama ahli pengurusan diketuai oleh Prof. Goh Bee See, Pemangku Pengarah i-HEARS.

Lawatan ke Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) UKM pula, pada jam 12.30 tengahari bermula dengan lawatan melihat kemudahan dan prasarana diikuti dengan perbincangan bersama ahli pengurusan kolej diketuai Dr. Shazli Ezzat Haji Ghazali, Pengetua KTSN tersebut. Selain itu, Tan Sri Pengerusi juga berpeluang melihat sendiri kemudahan yang ada di KTSN.